5 strategi licik jimat wang

 

Oleh: Cikgu Azros

Admin Blogspot Pakar Kewangan

Berjimat bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan keberanian untuk melaksanakan semua rancangan penjimatan. Jika tiada keberanian, usaha untuk berjimat pasti tidak akan berjaya. Berjimat akan menyebabkan anda perlu meninggalkan beberapa perkara yang anda suka. Contohnya dahulu anda melanggan astro, di sebabkan berjimat anda potong talian astro. Anda perlu ada keberanian untuk meninggalkan nikmat menonton siaran berbayar dan hidup tanpanya.

5 strategi yang bakal saya dedahkan ini juga memerlukan keberanian dari diri anda sendiri untuk menjayakannya. Tanpa keberanian, strategi ini tidak akan berjaya.

Strategi pertama : Masak makanan dan minuman di rumah.

Di Malaysia, kebiasaannya lelaki akan di ejek jika membawa bekal dari rumah. Pedulikan ejekan kerana telah terbukti jika anda bawa makanan dan minuman dari rumah, anda akan lebih jimat. Anda pasti akan jimat beberapa ringit sehari jika amalkan membawa bekal dari rumah.

Strategi kedua : Jimat minyak.

Jika kereta anda pakai banyak minyak, tukar pada motor yang kurang penggunaan minyaknya. Anda juga boleh berkongsi kereta dengan rakan – rakan. Selain itu, anda boleh naiki pengangkutan awam seperti bas atau LRT untuk ke tempat kerja. Jangan membazir wang untuk minyak jika ia tidak perlu. Jika tempat kerja dekat dalam 2 hingga 5 kilometer,anda boleh berjalan kaki atau kayuh basikal untuk jimatkan lagi wang untuk minyak.

Strategi ketiga : Tabung harian.

Masukkan wang lebihan belanja terutama wang syiling ke dalam tabung. Dari anda membiarkan wang tersebut bersepah –sepah, lebih baik anda kumpulkan ia dalam satu tabung. Jangan pandang rendah nilai wang syiling

Strategi keempat : Jimat air dan elektrik.

Minimumkan penggunaan air dan elektrik. Jika tidak menonton televisyen, matikan suiz elektrik. Sebelum keluar rumah, pastikan air di tutup dan semua suiz elektrik di tutup. Gosok baju secara berkelompok untuk menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Basuh baju hanya apabila penuh mesin basuh untuk memaksimakan pengguaan air.

1 Comment to "5 strategi licik jimat wang"

  1. nza's Gravatar nza
    July 14, 2011 - 1:47 am | Permalink

    Bolehkah manusia ini berjimat kalau sekadar melepaskan batuk ditangga. Tetapi tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga pastinya akan menyebabkan penjimatan dalam perbelanjaan menjadi keutamaan. Terfikirkah bahawa tiada yang berani nak membazir bila kesempitan tetapi apabila kesenangan dan kemewahan melimpah ruah, pada waktu itu sememangnya penjimatan bukanlah pilihan. Seperti membeli barangan sukan juga, Nike dan Adidas adalah sangat mahal dan terpaksa diganti dengan jenama yang lebih murah seperti Figo, Quaser ataupun Toppro. All the best and wish you good luck.

Leave a Reply