Fuhh.. Baru separuh tahun punye result, bank Rakyat begitu yakin akan mengekalkan dividen 15%. Untung kepada yang ada saham Bank Rakyat. Salah satu pelaburan yang menguntungkan di Malaysia.. Anak Felda yang ada saham Bank Rakyat sure best punye.. Tengah tahun dapat dividen KPF, pastu awal tahun dapat lagi dividen bank rakyat.
Ni sumber dari Berita Harian.
Bank Rakyat yakin dividen 15 peratus
BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) yakin dapat mengekalkan pembayaran dividen pada kadar 15 peratus bagi tahun ini berdasarkan prestasi kewangan cemerlang yang dicatatkan dalam tempoh separuh pertama tahun ini.
Dalam tempoh separuh pertama berakhir 30 Jun lalu, bank koperasi itu meraih keuntungan bersih RM788.6 juta, meningkat 23.2 peratus berbanding RM640.3 juta yang dicatatkannya dalam tempoh sama tahun lalu.






